Follow | Dashboard
단순 여인
Nak Cantik eh?
Friday 3 June 2011 @ 21:35 | 3 Comment [s]

Setiap manusia yang di ciptakan oleh Allah s.w.t sangat unik.Percaya atau tidak itulah kenyataannya yang kita tidak boleh disangkal lagi.Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah di tentukan maksum.Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah,buruk,hina,sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Allah menciptakan manusia dengan pelbagai rupa dan gaya.Nah!Disitulah terbuktinya kekuasaan Allah.Dia berhak dan mampu berbuat apa sahaja mengikut kehendakNYA.Kita memang tidak mempunyai pilihan untuk mempersoal itu dan ini.Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaanNYA?Layakkah kita?

Erm kadang-kadang kita terfikir,mengapa kita tidak secantik wanita A?atau kita terfikir kenapa kita tidak sekacak lelaki B?Lihat sahaja wanita atau lelaki yang kacak itu,banyak orang yang meminati mereka tetapi tidak pada kita.Hanya ini yang dapat saya katakan.Terimalah segala ciptaan Allah dengan hati yang terbuka.Anngap sahaja apa yang ada dengan kita tidak akan ada pada orang lain tapi bersyukurlah dengan nikmat yang telah diberikan sekurang-kurangnya kita masih sempurna.

Bagi saya sempurna yang saya maksudkan ialah anggota badan yang di beri kepada kita dan yang paling penting adalah hati kita.Adakah anda merasakan cantik itu menguntungkan?Tidak,tidak sama sekali.Kadang-kadang kecantikan ini boleh memusnahkan.Setelah anda dikenali sebagai orang yang cantik,ketakutan anda terhadap keburukan adalah amat besar daripada jika anda semulajadinya buruk.Orang cantik fobia untuk menjadi buruk.

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.Samalah halnya,kadang-kadang seorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan yang setimpal di akhirat.

Teringat saya dengan seorang kakak yang pernah saya jumpa dalam sebuah program agama suatu ketika dahulu dan akan saya akan ingat sampai bila-bila.Sebanarnya kakak S( bukan nama sebenar) mempunyai parut di muka.Dia menceritakan pengalaman hidupnya dengan parut di muka itu.Kakak S sangat bersyukur dengan parut yang ada.''Kakak tidak pernah malu dengan parut ini malah bersyukur sangat-sangat.Banyak advance yang kak dapat.Mostly lelaki!''.Saya berasa hairan.Kakak S menyambung lagi dengan mengatakan...''Ya!kakak terhijab daripada pandangan lelaki.Sekurang-kurangmya tidak ada mata liar yang akan memandang kakak!Biarlah mereka mereka mengenali kakak yang hodoh.Rasanya tak perlulah kakak beritahu kamu semua dengan panjang lebar.Rasanya dalam mana-mana usrah pun akan ada yang selalu mengingatkan kita.Cantik ni bahaya adikku!Kalau kamu tidak pandai membawa kecantikan kamu,maka banyak la lelaki yang akan melakukan zina.Terutama zina mata.Mahukah kamu menjadi punca kaum adam masuk neraka jahanam?''

Siapakah wanita penghuni syurga itu,barangkali yang cantik dan sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusai.Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah.Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tetapi apa yang ada dalam hatinya.Wahai orang cantik,orang buruk,orang rendah,orang cacat,semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar.Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah.Wallahua'lam.=.=

     Muslimah yang sebenar tidak akan redha dirinya dipuji dan dipuja lelaki ajnabi yang punya penyakit dalam hatinya kerana kebanggaan dan keseronokan itu disimpannya dalam-dalam, hingga saat dahinya dikuncup lembut suami tercinta yang mengambilnya dengan nama Allah, buat kali pertama.=.=


| Newer Post
//BONJOUR.


Aku hanya mampu mengajak, Aku bukan penghukum. Setelah aku menyeru setakat yang terdaya. Mari robohkan jerijil kejahilan dengan ilmu agar diri tidak terkurung dalam penjara kedangkalan.

umairahsafiyyah.blogspot.com Since May 2011

//Navigation.

//Post. //Admin.


//Tagboard.


Website counter

get this widget here


Daisypath Happy Birthday tickers