Follow | Dashboard
단순 여인
Ayuh Bangkit!
Saturday 2 July 2011 @ 17:17 | 5 Comment [s]

waktu kini mencecah jam 4.17 petang
tapi cuaca masih mendung sejak pagi lagi
awan sudah sarat dengan  cecair yang 
hanya menunggu masa untuk melempiaskannya ke seluruh alam
namun aku masih berada di depan skrin laptopku
ntahhhh..
ada sesuatu yang ingin aku luahkan 
di sini...

berminggu-minggu menyepi tanpa sebarang entry
dan kali ni..aku kembali dengan entry yang memang istimewa tuk diri ku ni
(agak berlainan ,santai sdikit)tapi..

 apa yang pasti
sebuah kalendar telah ditutup rapi dalam kamus hidup aku
alhamdullilah..
sungguh cepat masa berlalu
dan itulah realiti hidup..
sedang kita cuba berusaha untuk melepasinya
tanpa kita sedari kita sudah pun berjaya menawannya
setahun seperti sehari
itulah yang dapat aku rasai pada saat ni ;)

setahun setengah pengajian ibaratnya seperti proses pengenalan
aku memang setuju ngan kata2 orang : tak kenal maka tak cinta
hehe..

tinggal beberapa bulan lagi,exam besar akan aku lalui
tahun demi tahun,bulan demi bulan,hari demi hari
STPM 2011..
insya'Allah
tapi sudah bersedia kah aku?
ya Allah..

aku masih tiada keyakinan ya ALLAH
bantulah hambamu ini..
ya,teringat daku dgn firman Allah:
''Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.''
-surah Al Baqarah ayat 286

dalam beberapa tempoh ini 
aku telah melalui perjalanan yang agak luar biasa
jatuh dan jatuh
tapi aku kuatkan diri untuk bangun
xpa..
aku yakin dengan qadak dan qadarnya

mungkin penulisan ku untuk kali ini lebih kepada 
memanggil semula semangat ku,keyakinan ku..
(mungkinjuga utk sahabat2 yang lain,yg masih lena dr tidur)

ya.. kegagalan bukanlah satu alasan untuk mensia-siakan hidup
tetapi kita perlu memulakan sekali lagi dengan cara
lain dengan lebih giat serta penuh kesabaran :'(

Antara tips untuk mewujudkan keyakinan diri:
 1.anggaplah diri kita yang di ciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain,
tiada yang kurang tiada juga yang lebihnya
2.kalau orang boleh buat,kenapa tidak bagi kita?pedulikan apa orang nak kata
3.kenali apa kekurangan, apa kelemahan pada diri kita dan baikinya.Jgn biarkan ia terus berkekalan
4.Jgn takut2 @ teragak2 untuk melakukan sesuatu yang positif
5.Elakkan @ketepikan perasaan malu2 yang tidak bertempat.Tonjolkan diri anda!

untuk mencapai sesuatu yang di inginkan,perlu pandai untuk memotivasikan diri sendiri
ubah mind set dan try to be a positive person :')
(wah semangat la pulak)

jangan di kenang semula kegagalan itu hanya
untuk mengutuk diri sendiri
tetapi kenanglah ia untuk membuat  refleksi diri
kerana ia akan menaikkan semangat kita
untuk melakukan suatu anjakan paradigma ke atas diri sendiri
melalui motivasi yang berterusan,minat untuk berjaya akan timbul dengan sendirinya

apa yang penting,bagi orang muslim
perlu lakukan ibadat wajib
seperti solat yang akan meningkatkan tahap motivasi
kerana ia adalah satu wadah yang membawa
kita mendekati Allah s.w.t
di situlah kita akan menjalani sesi kaunseling yang amat berkesan
yang akan menimbulkan impak
yang besar dalam diri kita sendiri

so,kita mesti bangkit! cuba untuk bangkit!!
daripada segala kegagalan yang kita hadapi
ingatlah setiap kejadian itu ada hikmahnya

janji pada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang di hadapi dalam kehidupan,kita akn mencuba dengan sedaya upaya untuk membantu diri sendiri

p/s:khas untuk semua sahabat-sahabat yang bakal menjalani peperiksaan
sama-sama lah kita koreksi diri kita..moga kita memperolehi keputusan yang cemerlang
insya'Allah

''...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa 
dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.''-surah yusuf ayat 2




Older Post | Newer Post
//BONJOUR.


Aku hanya mampu mengajak, Aku bukan penghukum. Setelah aku menyeru setakat yang terdaya. Mari robohkan jerijil kejahilan dengan ilmu agar diri tidak terkurung dalam penjara kedangkalan.

umairahsafiyyah.blogspot.com Since May 2011

//Navigation.

//Post. //Admin.


//Tagboard.


Website counter

get this widget here


Daisypath Happy Birthday tickers