Hikmah Musibah
Wednesday 9 November 2011 @ 17:12 | 0 Comment [s]
Agak lama entry di biarkan sepi tanpa ada coretan .Hari bertukar minggu dengan harapan akan menulis sesuatu dalam tempoh terdekat tapi hasilnya minggu sudah bertukar dengan beberapa bulan.Dan saat ini,tangan yang menari di keybord masih terasa kaku dan janggal .oh Tuhan . Apa yang lahir dari dalam lubuk hati saya.. Ramai umat islam diluar sana yang masih terpinga-pinga mencari erti kehidupan yang sebenarnya,yang masih diselubungi penjajahan zalim rejim,yang masih mengangkat senjata memperjuangkan keadilan buat diri,negara dan agama.Walhal saya disini masih ceria dan riang (walhal dalam hati,Tuhan sahaja yang tahu)dengan dunia yang penuh dengan aman dan sentosa.syukur YA ALLAH.Alhamdullilah.syukur kehadrat ilahi kerana pada saat ini,pada ketika ini,masih mampu untuk melemparkan senyuman kepada bumi..melihat segala kebesaran Ilahi..mendengar suara-suara merdu dan lunak disekeliling..serta masih mampu menulis coretan ini .Maha Suci ALLAH. Sedetik terasa… Dalam beberapa tempoh ini ada banyak yang ingin di kongsikan bersama.Ilham sebenarnya ada walaupun saya bukan lah seorang yang penuh dengan ilmu di dada TAPI apa yang saya tahu akan saya cuba untuk rungkaikan.Dan terlebih dahulu, jika ada kesalahan dalam coretan saya, tolong perbetulkan kerana saya bukan ‘budak agama’. Tapi saya suka ‘berjinak-jinak’ dengan agama. Dan terus terang saya katakana saya adalah seorang yang pemalu untuk berkata-kata atau meluahkan pendapat di hadapan orang ramai apatah lagi di hadapan muslimin. Lebih selesa berdakwah dalam penulisan.Walaupun point ada Cuma..huh! (Macam mana la nak sampaikan dakwah ne kan?) , Maksud saya bercakap depan orang ramai. Ya Ya Ya , Saya Cuma insan biasa yang masih ketandusan ilmu.Alhamdulillah,hari ini baru terdetik untuk mencoretnya (sesungguhnya saya manusia yang lemah)akibat masa yang tidak di atur dengan bijak sebelum ini.Tentunya atas kesalahan diri. Saya khilaf. Sebelum itu, Credit to my sahabiah Ramlah atas segala-galanya.SMS yang baru diterima beberapa hari menambahkan lagi semangat saya.Agak lama sudah tidak bersua atas sebab yang tidak boleh di elakkan .Apa khabar agaknya dia di kampus Terengganu sana, harap-harap dia berada dalam keadaan sihat dan moga-moga sentiasa dalam limpah redha-NYA. Entry kali ini berkisar tentang musibah atau ujian.Sesungguhnya hidup dalam bumi Allah ini adalah untuk di uji dariNYA. Kalau kita perhatikan dalam nas-nas Al-Quran mahupun Sunnah, kita akan dapati bahawa tujuan utama manusia diciptakan Allah hanyalah untuk diuji semata-mata . Jika taat maka dimasukkan ke syurga, jika kufur maka dimasukkan ke naraka. Dan ujian Allah itu dinilai dari sudut Ibadah dan Pentadbiran. Firman Allah: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada- Ku". (QS Adz-Dzariyat : 56) Ayat ini pun menunjukkan bahawa stiap insan di muka bumi ini akan di uji. Allahu Akhbar!. Di dalam ayat yang lain, Allah menyatakan kepada Malaikat dalam peristiwa penciptaan Adam : Sesungguhnya aku telah jadikan manusia sebagai khalifah ( pentadbir ) atas muka bumi. Jikalau kita benar-benar memahami dan menghayati kedua-dua maksud Allah dalam ayat di atas, kita akan dapati bahawa kehidupan kita sehari-harian, samada tahun-tahun yang lepas atau akan datang, tidak lebih dari untuk diuji dan dicuba oleh Allah semata-mata.Kalau kita lulus, akhirat nanti masuk syurga. Kalau kita gagal, akhirat nanti masuk neraka. Sahabatku semua, Sebagaimana yang telah kita ketahui sesungguhnya seorang muslim dan muslimah itu harus mengimani apa yang ditetapkan untuknya supaya tidak akan meleset dan apa yang ditetapkan untuk orang lain tidak akan menimpanya.Allah menguji kita dengan sakit dan penyakit sebagaimana Dia menguji kita dengan kesihatan dan keselamatan agar Dia mengetahui dan Dialah yang paling mengetahui siapa diantara kita yang akan sabar menghadapi qadha-Nya (ketetapan) dan siapa yang hanya sekadar mahu untuk meratapi takdir-Nya. Jujur saya katakan, cubaan yang mendatang kadang-kadang membuatkan saya seperti tidak boleh bangun dan berdiri sehingga air mata sahaja yang mampu untuk mengalir.Padahal air matalah yang paling saya benci! Sebab? Orang kata, air mata itu tandanya orang yang lemah.Bukan Bukan Bukan, saya bukan si pengecut atau si lemah!Ya, saya tahu kadang-kadang air mata sangat perlu bagi seseorang untuk mengeluarkan apa yang terbuku dalam hati.Betul kan? Air mata juga lah yang menjadi kekuatan bagi seseorang untuk meniupkan semangat dan bangun pada esok hari.Tetapi kita tidak boleh terus meratapi hidup kita, cuba untuk bangkit! (seperti entry saya sebelum ini ) . Semua ini dariNYA maka tentunya kita perlu meminta kepadaNya. Islam mengajarkan umatnya agar mereka mengucapkan doa kepada Allah Taala ketika melihat ujian atau cobaan yang buruk, bukannya malah melatah atau mengucapkan perkataan yang tidak elok yang tidak akan membawa manfaat bagi orang yang mengucapkannya. Astaghfirullah. Sesungguhnya ALLAH amat suka akan hambanya yang meminta-minta kepadaNYA. Sabda Nabi s.a.w : Jika kamu mahu melakukan sesuatu maka letakkanlah tanganmu ke dada, kerana sesungguhnya hati orang mukmin itu tenang pada perkara-perkara baik dan gelisah pada perkara-perkara yang buruk. Hidup manusia akan selalu diuji dengan berbagai macam ujian dan cobaan, apabila cobaan yang menimpa adalah penghapus dosa dan azab bagi para hamba, maka Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita tentang sebab-sebab yang boleh mengangkat cobaan itu dari kita dan menghilangkan kesulitan itu seperti taubat, istighfar dan mengembalikan hak-hak kepada pemiliknya dan sebab-sebab syar’i yang lain.Diantara sebab-sebab yang bisa melindungi kita dari buruknya cobaan adalah dengan membaca doa yang diajarkan oleh junjungan kita dibawah ini.Rasulullah bersabda: “Barangsiapa melihat orang yang mendapat cubaan kemudian dia berkata:Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkanku dari cobaann yang menimpamu dan telah memberiku keutamaan atas banyak makhluk-Nya dengan keutamaan yang banyak, maka dia tidak tertimpa cubaan tersebut”. Apa yang paling utama, Bersabarlah atas ujianNYA. Mudah lidah ini untuk menuturkan word ‘sabar’ TAPI orang yang mengalaminya sahaja yang tahu betapa peritnya untuk terus, terus dan terus Bersabar. Betul kan?Azimat yang paling saya suka, dia juga lah yang akan membakar semangat saya.. Man Shabara Zhafira. Siapa yang bersabar dia akan beruntung! Saya ingin tekankan di sini sabar dan ikhlaskan hati untuk menerima ketentuanNYA . Betul ni ;) Entry ini memang sengaja saya buat atas sebab beberapa perkara yang berlaku dalam hidup saya dalam beberapa tempoh ini.Semua mehnah ini, insya’Allah akan saya lalui dengan penuh kesabaran.Cukup mematangkan saya. Saya juga percaya tidak seorang pun yang tidak di uji kan?.Moga-moga semua ini akan memantapkan rasa .Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.Dan saya mohon agar di permudahkan urusan hidup ini. Amin. p/s: Ya Allah mudahkan aku menjawab imtihan yang bakal tiba.. Gambar hiasan Hasil lukisan saya yang comot ;p
|
//BONJOUR.
//Navigation.
//Tagboard.
|