Follow | Dashboard
단순 여인
Bermulanya di sini
Sunday 18 December 2011 @ 21:29 | 2 Comment [s]

Kenapa Blogging?

Menulis di sini bukan bererti saya ada banyak ilmu atau rasa nak berlagak .Astaghfirullah. Meh sini, saya bawa kalian berfikir sejenak..Badan kita perlukan makanan untuk terus bertahan bukan? begitulah juga dengan jiwa kita yang memerlukan makanan.Hidup berpuluh-puluh tahun tapi kita kurang memberikan makanan kepada jiwa kita. Apa yang jadi? (eh, saya tak la hidup berpuluh-puluh tahun, umur pun masih setahun jagung ;) ) Mestilah jiwa kita akan sakit. Bahkan kita jauh daripadaNYA.
Itulah yang dikatakan Allah dalam firmanya yang bermaksud:Mereka tuli, bisu, dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar), (QS. 2:18)

Mudah-mudahan setiap entri di sini akan menjadi renungan dan ingatan kita bersama supaya sentiasa beringat-ingat.

Pada awalnya , Cakap pasal blogging,saya suka mengejek adik dengan ‘dunianya’ tapi agak gila-gila sikit dengan penulisannya. sebab mengejek? bagi saya blogging ne seperti minah-minah @ mat-mat jiwang yang suka melayan perasaan dengan mainan kata-kata.*pendapat ni tidak boleh pakai.


Bagi saya..

Sesiapa yang menulis di blog.. ingin meluahkan perasan mungkin atas sebab putus cinta atau frust dengan kehidupannya(biasa masalah budak-budak sekarang)hehe.Tapi itu pendapat kuno saya yang dulu. saya ingin buang prasangaka itu dan cuba membuka prespektif baru tentang dunia blogging ini dengan luas. Tapi tidak bermaksud saya ingin berkongsi semua hal berkaitan dengan kehidupan saya. #Maaf#  itu hal peribadi dan setiap orang ada privacy masing-masing. Betul kan?Cuma ada ketika saya akan selitkan sedikit, eh sedikit sedikit  je. Ehehe


Apa yang menarik di sini?

Banyak sangat! Salah satunya untuk mengisi masa lapang. Eh? Hehe. Sunguh-sungguh ni.Di sini, saya boleh conteng-conteng apa yang  ada dalam benak ne tengah fikirkan.
Sekarang juga, saya  masih lagi berjinak-jinak untuk belajar tekan itu dan ini(peningnya bukan kepalang) hehe. saya ingat lagi zaman sekolah, masa tu form 1 . Ala zaman -zaman budak hingusan tu. Teknologi yang satu ini amat saya takuti. Bila ada kelas komputer saya  jadi    bad mood, bukan apa.. kawan yang lain semua lancar ja tangan menaip dan saya hanya lihat kawan 'tekan-tekan'. saya? nak tekan satu huruf punya berpeluh sana sini. Kalau ada exam komputer mesti tidak pass. ish malu la . haha * lucu


Saya blogging bukan atas sebab nak mendapat jumlah 'like' yang banyak. Contoh situasi 1: ‘’ wah dah 200 ratus lebih orang like blog aku ni..eh, follower aku lagi banyak, mak aih! dah nak cecah seribu.. bestnye lepas ni aku makin popular la pulak ne, mesti banyak nak berkenalan dengan aku ne, yahooo!’’. Atau contoh situasi 2: ‘’ Nak buat entry yang baik-baik la, biar orang tau yang aku ne alim’’.Astaghfirullah. Mudah-mudahan kita di jauhkan daripada sifat takbur dan ujub. Na'udzubillah..


Impian Akin..

setiap orang ada angan-angan bukan? dan setiap orang juga mempunyai impian sama seperi saya. Macam -macam impian orang. Nak ke sana,nak ke sini.Nak berjaya itu ini.Anda yang membaca juga! Tipulah kalau tak ada.saya juga insan biasa. Fitrah manusia.Impian utama (ever after) hendak  'menghidu' haruman syurga dan  buat masa ini pula ialah menebarkan dakwah islamiyyah di sini (Inikah Jalanku), hehe . Banyak lagi sebenarnya tetapi ne ja yang mampu saya ukir di sini.*dah macam ucapan kat tb da* . Insya'Allah. oh ya! angan-angan saya juga  nak dapat jodoh macam dalam novel jaja&din, Ustat Din*opss . eh salah! main-main je . Tidak! hanya gurauan semata-mata .Saya Cuma nak promote kepada anda-anda yang belum baca lagi.Duit rm23.oo pasti berbaloi dengan isi dalam novel tu.Saya?dah nak masuk 10 kali khatam ;p, hehe


Baru teringat..

oh ya. Bagaimana dengan aktiviti berpersatuan? Yang dulunya mengikat ikatan silaturahim? ya ya ya biar saya jawab . Saya sudah tidak..;( . kenapa? Biarlah rahsia (ececececehhh) statement tu..berani mati erk! haha . Tidak! kadang-kadang ada perkara yang baik di mata orang lain. Majoritinya untuk semua orang. ye tak? Tapi ada yang TIDAK  bagi sesetengah orang. Dan orang itu adalah saya! selepas beberapa lama saya fikir dan akhirnya kata putus sudah saya buat! Nekad la sangat. ;(
‘'Tak pa la'’... itulah kata hati saya. walaupun agak sedih tapi saya mesti buat  keputusan. Untuk kebaikan diri daripada masalah hati ini makin merebak dan menjadi-jadi. Biarlah saya bina 'empayar' saya di sini. Empayar yang saya sangat saya sayang. Dan inilah buah hati saya yang ke2.Yang pertama? Emm mestilah si dia yang sangat saya sayang, dia jugalah yang membakar semangat saya  sehingga saat ini. Dialah‘’orang tua’ saya ^_* hee~ (Terima kasih Mak Bapak)


Dan saya harap setiap ayat yang terkandung dalam blog saya boleh menjadi tatapan dan sebagai panduan untuk semua orang. (em ini sebahagian daripada impian ka ne?)hehe . kalau nak baca, boleh ja, tapi fikiran jangan terikat dengan peraturan minda. Bilang orang, santai-santai sahaja. Yang baik ambil dan yang rasa tidak baik tidak perlulah di ambil kan? eheh( apa  ne, dah pening, dah pening..ayat berbelit-belit semacam)


Harapan...

Apapun.. harapan saya, jangan terlalu padang tinggi dengan penulisan saya (ada ke  yang pandang tinggi? *tettt,hehe).Saya juga masih dalam proses tarbiyyah. Apa itu tarbiyyah?Tarbiyyah bermaksud 'didikan' iaitu  bagaimana kita mendidik diri sendiri dan orang lain. Tapi diri saya dulu mesti penuh dengan tarbiyyah kan?baru boleh tarbiyyah orang lain. ish ish ish .Setiap masa adalah tarbiyyah untuk saya insya'Allah.( walaupun Kadangkala perangai gila-gila itu masih ada). Bagi saya, hidup kita tidak boleh di sempitkan dengan undang-undang kehidupan yang akhirnya akan menyesakkan diri sendiri. Kadang-kadang kita juga perlukan hiburan yang boleh membuatkan hidup kita penuh dengan warna-warni . *senyum~ ^.^ V ~Cuma, hiburan yang melampaui batas  juga tidak baik. Ingat ya sahabat ~ weeee~


Jauh di lubuk hati ini..


Walaupun saya tidak seteror orang lain dalam menyampaikan 'sesuatu' *sekejap, saya memang tabek la dengan blogger yang tumbuh bagai cendawan saat ini, yang bestnya banyak yang berunsur islamik. Saya  suka baca. Mabruk saya ucapkan ! Anda memang hebat.Teruskan perkongsian dan saya akan terus membaca dengan dengan sekerat daya yang ada ya. Insya'Allah .walaupun blog saya tak sehebat anda tapi saya akan terus  dalam  learning process. Jauh sangat nak di bandingkan blog saya dengan anda-anda sekalian. ^^V . peace.walaupun berlainan caranya , insya'Allah mungkin tujuan kita semua adalah sama dan satu iaitu mencari Redha Allah.

                                                                


Older Post | Newer Post
//BONJOUR.


Aku hanya mampu mengajak, Aku bukan penghukum. Setelah aku menyeru setakat yang terdaya. Mari robohkan jerijil kejahilan dengan ilmu agar diri tidak terkurung dalam penjara kedangkalan.

umairahsafiyyah.blogspot.com Since May 2011

//Navigation.

//Post. //Admin.


//Tagboard.


Website counter

get this widget here


Daisypath Happy Birthday tickers