Follow | Dashboard
단순 여인
Cinta berputik biar bertapis!
Saturday 21 January 2012 @ 14:51 | 8 Comment [s]

Alhamdulillah, saat ni masih bernafas dan terdetik  hati untuk menulis entry.
>>amboi suka-suka saya sahaja nak tulis atau tidak kan <<hehe

Semua entry saya sebelum  ini bukan main panjang lagi kan? Malah yang bergambar pula adalah kurang. Mesti anda-anda sekalian boring kan? Maaf atas kekurangan diri saya. Sebenarnya saya tidak tahu nak letak apa,(tak kan saya nak letak gambar  macam blog orang sana ;p, baik tak payah nanti ada pulak yang muntah-muntah.) hehe

Fokus-fokus. . .
Ok, berbalik kepada tajuk  entry kali ini. Yup, Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T
Cinta itu buta=Al hubbu a'ma (betulkan jika saya salah). Kenapa cinta itu buta?  Ya,Saya Cuma  budak kecik yang  masih mentah untuk berbicara pasal cinta di zaman  ini dan saya akui  pandangan saya  mengenai entry kali ini memang jauh ketinggalan.Apapun,dengarlah pulak pendapat  budak kecik ini ya.Saya cuba untuk berfikiran matang dalam melemparkan pandangan saya ini.

Jadi bersedia lah, mungkin lepas ni ada di antara kalian yang tidak setuju  sehingga darah anda naik mencecah entah berapa darjah celcius.Mungkin nak siat-siat saya sebab marah dengan saya atau nak cekik-cekik saya.eh?. eheh .Yalah, saya juga manusia biasa tapi apa yang saya rasa kurang selesa, saya akan cuba untuk luahkan di sini. Saya harap anda sedia jadi pendengar yang baik untuk saya, boleh kan? Terima kasih  :’)

Ada yang Tanya..
Saya suka ‘putera’ yang bagaimana?. --*Terdiam dan tunduk*--saya  rasa saya tidak layak untuk itu.  -- Bila berkisar tentang hati dan perasaan , saya angkat bendera putih. ‘’Surrender’’  la katakana ;p . Kawan  saya kata, hati saya ni beku macam  ais batu atau pokok yang tidak bergoyang.eh? Tak da perasan. Yaka?  Tapi, Saya memang tidak setuju bila remaja zaman sekarang ni sewenang-wenangnya nak  bercinta-cintun dah tu langsung  tiada sebarang ikatan. Tak kiralah sudah bertunang. Apa? Kalau sudah bertunang  ada tiket untuk pegang sana sini ke?( saya garang kan?) =.= Ish *mulut muncung 3 inci.

Mungkin ada yang malu sebab dia masih belum berpunya , eh ? kalau yang sudah bercouple tu,Saya rasa mereka  yang patutnya  ada perasaan malu dengan Allah sebab telah menduakan cintaNYA. Tepuk dada dan tanya iman kita . kita berada dalam situasi yang bagaimana.Insya’Allah , kalau umur saya panjang, saya akan bincang mengenai isu yang lebih complicated pulak iaitu masalah hati yang semakin parah . Buat masa ini saya nak luahkan yang ‘ringan-ringan’ dahulu .

Tapi kan. .
Saya pernah terfikir,masih wujud lagi kah insan-insan  yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syu'aib a.s beribu-ribu tahun dahulu? ^__*  --tiba-tiba saya terfikir ni--

Rasanya ada! Wink² :D

Saya tengah serius ne. Ya saya serius ne! ^___^



                                                     *****************************

Kepada mereka yang bercinta pulak, mesti akan kata ‘’lek der, kami Islamic couple, mana ada pegang-pegang’’ . huh? Umpamanya anda mengatakan ‘’ Islamic zina?’’ .Islam tetap islam dan jahiliyyah tetap jahiliyyah. Tidak ada pertemuan antara keduanya! Kecuali lah atas urusan yang tidak boleh di elakkan  ^^V

Kelunya  tangan..
Berat sebenarnya nak tulis entry kali ini.Kalau nak Tanya pengalaman? Huh jauh sekali. Zero. Mungkin atas sebab banyak status di facebook yang berkisar  cinta yang buat hati saya tergerak untuk buat entry ne. Saya tidak selesa.

Macam-macam gelaran yang saya dengar bagi mereka yang sedang di lamun cinta. ‘’honey, bee, hubby ,etc(saya tak reti) . Kadang-kadang telinga tidak sanggup untuk mendengar.   Hanya mampu untuk beristighfar  tapi dalam masa yang sama hati saya menangis  melihat situasi begini. Kenapa?. Betul ni hati saya sedih sangat! ;(

Hati kecil saya berkata:’’ Ya Allah, kesiannya insan-insan ini, mereka di buai dengan mainan cinta.’’ Cinta yang tipu. Kalaupun sampai ke jinjang pelamin, yakin kah anda cinta itu dalam redhaNYA sedangkan dalam beberapa tempoh anda dan si dia berkenalan, banyak zina dah terlanjur termasuklah zina hati, mata, telinga etc ? Habis tuh, anak yang lahir?Ya, mungkin anak itu bukan luar nikah tapi….(fikir-fikir kanlah) .Benarlah cinta itu buta. Not a single phrase, nor a word  ! ^__*

Ya! saya tahu, Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki,dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan ia untuk anda miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik.Itulah yang dikatakan ‘jodoh’ dan saya yakin dengan jodoh saya walaupun saya tidak tahu siapa dia. (ayat berani mati ;P). Serius ni ^__^

Apa yang pasti,Cuba kita bayangkan..
Sanggupkah kita mencintai  seseorang lebih daripada penciptaNYA .Allahu Akhbar! Mencintai Sesuatu lebih dari selayakNYA? Yang lebih menyedihkan bercinta tanpa ikatan yang kukuh? Sanggupkah kita?
Mesti ada yang kata:
‘’kenapalah  kau sibuk betul hal kami ne ha?’’
Terdiam. Sibuk tentang hal kamu adalah ‘kepentingan’ bagi saya.

‘’ish, i tau la dah tak da orang yang nakkan you  sebab nak orang kata you hot la sangat’’
Senyum. Berfikir 2 kali mungkin ada betulnya. Memanglah,wanita ni mahal sangat, tak boleh nak layan  orang lelaki suka hati. Biarlah tak da da lelaki yang nak kan saya  daripada buat benda yang di larang Allah.Namun ini hanya lahir dalam hati sahaja.

Menipulah saya jika saya katakan  yang saya tidak ingin di cinta atau mencintai. Semua perasaan cinta adalah fitrah manusia. Allah akan ‘campakkan’  perasaan yang unik ini kepada setiap manusia di muka bumi ini.Kita bukan MALAIKAT  tapi biarlah cinta ini dengan cara  yang HALAL.

Ya, ‘’cinta selepas berkahwin’’ . Saya tetap dengan prinsip saya. Biarlah apa orang nak kata tentang saya. Si budak  kolot !. Hurm, mesti ada yang terfikir cinta selepas berkahwin?Terjamin ke si dia nak sayang kita walaupun tidak kenal sebelum ini? Al-maklumla, Baru nak kenal apa yang dia suka atau tidak selepas kahwin kan?Takut  tidak serasi eh atau jiwa tak ngam?. Kalau belum berkahwin sudah bercinta-cinta dan banyak sweet moment  yang sudah di kongsi.Jadi, apa yang hendak di kongsikan  selepas berkahwin  nanti ?

Oleh sebab itu, semasa memilih pasangan hidup mestilah berdasarkan panduan yang diberikan oleh Rasulullah, melalui sabdanya yang bermaksud :

“Dikahwini wanita itu atas empat faktor, harta keturunan, rupa dan agama. Maka kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan.

                ‘’Fadzar bi dzaatid- deen taribat yadaak’’

sebelum kahwin pilihlah sesorang yang meletakkan agama  sebagai teras utamanya. Jika dia paham ‘agama’, Sehidup  semati ..Ever After  Insya’Allah  ^__*

Yang beragama? Ya.Tapi, Saya bukanlah  insan  yang penuh dengan ilmu. Tidak sekali-kali. Saya Cuma ‘budak biasa’ bahkan bukan daripada mana-mana sekolah agama pun. Tapi  semangat saya untuk mencari ilmu Allah itu sangat membuak-buak.  Insya’Allah . Cuma, diri ini memerlukan peringatan yang keras  agar tidak terlena dengan nikmat dunia dan sebab itu juga lah saya buat blog ini—ok? :D


Situasi yang sebegini..

Kadang-kadang kita berangan mungkin dalam cerita korea ( maaf, saya memang hantu cerita korea sikit), putera kaya ni syok giler dengan perempuan miskin. Kononnya, si putera yang kaya sanggup lakukan apa sahaja untuk perempuan miskin dan jadi ‘hero’ kalau cinta nya dalam kesusahan, di buli mungkin ;p  (macamlah sudah tidak wujud perempuan yang lain yang lebih cantik+baik). Dah , dah cukup ! (Mula dah buat cerita entah pa).

Saya petik kata-kata ini,
‘’Don't be jealous of those fairy tale love stories or of those romantic movies because they are just written by some human scriptwriters . Instead , be proud of your own life and love , because it's written only by ALLAH SWT’’  :’)

Benar kan ayat di atas? Jadi tak yala kita nak ‘’fairy tale love stories’’ yang romantik itu, yang datang selamatkan kita bila kita dalam kesusahan ! *tengah bayangkan Gu Junpyo  selamatkan Geum Jan Di* wee.--Dushh -- Dushh --# . Hiduplah di alam realiti ye!  Janji Allah itu pasti.

Semua yang baik datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk adalah  datang daripadaNYA juga tetapi melalui  kekurangan dalam  diri saya sendiri.Jika anda tidak boleh terima apa yang saya tulis, saya minta maaf tapi marilah kita renung-renung kan bersama terutama buat diri saya sendiri yang hina lagi lemah ini.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Barangsiapa yang jatuh cinta, kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar serta sentiasa berdoa kepada Allah, maka Allah akan mengampuni orang tersebut dan memasukkannya ke dalam syurga".

                                                        *****************************

Maaf,nampaknya entry kali ini lagi panjang jugak jadinya. Ahak! Maaf ya sebab bosan baca. Hehe
Baru-baru ni, hati saya menangis ( pulaak? Apa cer? ), hehe tak boleh bagitau la.RAHSIA. Oh Allah, guide my heart!

>> Nutrisi hati masih dalam pencarian,doakan saya @___@ Terima kasih.<<
Nota: Saya bukan budak Jiwang ya, aduh! jatuh macho saya buat entry cinta-cintun ni ;p
                                                     


Older Post | Newer Post
//BONJOUR.


Aku hanya mampu mengajak, Aku bukan penghukum. Setelah aku menyeru setakat yang terdaya. Mari robohkan jerijil kejahilan dengan ilmu agar diri tidak terkurung dalam penjara kedangkalan.

umairahsafiyyah.blogspot.com Since May 2011

//Navigation.

//Post. //Admin.


//Tagboard.


Website counter

get this widget here


Daisypath Happy Birthday tickers