Follow | Dashboard
단순 여인
Tudung Labuh
Thursday 12 January 2012 @ 15:06 | 14 Comment [s]

Tudungku labuh..


orang kata tudung labuh
perempuan baik
orang kata tudung labuh
perempuan soleh


Tapi betulkah,
betulkah kata mereka
solehah kah aku?
baikkah aku?
jika tudung labuh menghijabku?


Tapi ..
ada orang kata
aku tunjuk solehah
aku berlagak baik
nodaku tersembunyi
di balik besarnya hijabku


Ada orang kata
aku tak tahu hukum
Aku pelajar sekolah biasa
Baik aku tinggalkan tudung labuhku..


Biarlah apa org nak kata
dia, dia dan dia
Niatku satu
Redhanya mendampingi
PetunjukNYA mendekati


Bukan kerana calon soleh
Bukan kerana pujian manis bibir
tapi..
penyempurnaan ibadah menjadi buruanku


Jangan kau nilai
panjang tudungku..
panjanglah ibadahku


Aku juga insan biasa
khilaf selalu
Apabila aku silap
Orang mencerca
Apabila mereka silap
Lumrah manusia mereka kata


Hijab diriku hanyalah satu muhasabah bagi ku
Moga aku istiqamah dalam melaksanakan perintahNYA
Orang juga kata
Aku tidak bergaya
Tudung labuh ini menutup seriku
Aku tak kisah
Aku hanya perlu DIA saja memandangku


Orang kata ilmu kena tinggi
Jika bertudung labuh
Bagaimana mereka mengukur tahap ketinggian ilmu?
Ilmu padaku cuma sedikit..




Andai itu ukurannya..
Tiada siapa yang layak berhijab labuh
Tudungku bukan untuk menjadi tatapan ajnabi
Tudungku bukan menjadi perbandingan fesyen terkini
Tudungku bukan simbol tingginya agamaku
Tudungku cuma hanya menyahut perintah suci dariNYA


::CopyPastefromctAzly::








Nota: Kepada manusia di luar sana  yang cuba mengeji atau menghina, tolonglah jangan cuba memandang rendah dengan kami (yang bertudung labuh)..Hina sanagt ka yang bertudung labuh ini ? tak pala kalau anda sekalian merasa begitu (= . Biarlah orang nak menghina yang penting..saya nak tarik pandangan ALLAH .


Older Post | Newer Post
//BONJOUR.


Aku hanya mampu mengajak, Aku bukan penghukum. Setelah aku menyeru setakat yang terdaya. Mari robohkan jerijil kejahilan dengan ilmu agar diri tidak terkurung dalam penjara kedangkalan.

umairahsafiyyah.blogspot.com Since May 2011

//Navigation.

//Post. //Admin.


//Tagboard.


Website counter

get this widget here


Daisypath Happy Birthday tickers