Follow | Dashboard
단순 여인
Terima kasih
Sunday 5 February 2012 @ 21:04 | 6 Comment [s]

Assalamualaikum w.b.t

Al kisah cerita bermula bila seorang budak yang tidak tahu apa itu erti kehidupan. Bahagia? Hanya itu yang di kepalanya. Namun tersedar  tatkala arus dalam hidupnya berubah total 100%. Hidup sendiri (oh tidak bermaksud tiada keluarga ya). Sebelum ini tidak pandai untuk hidup berdikari hanya tahu kehidupan hanya di kongsi dengan kawan-kawan.

Kawan-kawan sudah di anggap sebagai sebahagian daripada hidupnya. (ish2). Buat itu dan ini semua hendak di kongsi dengan kawan. Semua perasaan. Kecewa, sedih, gembira,perangai gila-gila(opps, sidang pembaca jangan ikut eh, tidak baik)hak3
Saya petik lirik ini:
                                    ‘’Langit dan bumi setia menemani ku,
                                     Matahari menyinar  tidak pernah berpihak padaku..’’
Sayunya lirik ini, huk3(lirik lagu ini lebih kepada ketuhanan ye, bukan jiwang-jiwang punya)

Namun dalam kegelapan (ini cerita hantu ke apa, hak3 dengar ja la), dia masih tercari-cari di mana sinar bahagia itu lagi.Di teruskan kehidupan dengan sekerat daya yang ada. Alhamdulillah.Hati mula terubat tatkala mendengar ayat Allah:  Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik  bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu  padahal ia amat buruk bagi mu(surah Al baqarah, ayat: 216)

                                         *************************************   

Kalimah itu di baca, baca dan terus baca (berulang kali).Air mata mengalir sederas yang mungkin.Rupa-rupanya itu adalah air mata kebangkitan daripada jatuh untuk terus bangun.

Benar, sesungguhnya janji Allah itu pasti! Alhamdulillah

Hari di lalui dengan keceriaan bersama teman yang baru (ada juga yang lama). Wkwkwkw
Bagi saya kawan sejati  itu tidak perlu di ukur kebaikannya dari ‘’luarannya’’. Tidak perlu seperti saya. Saya suka berkawan dengan orang yang mahu jadi dirinya. Bukan atas sesiapa.Bukan atas pakaiannya atau besar tudungnya.Cukup hatinya yang tulus dan murni.Itu sudah cukup bagi saya. :D
Suka duka kita bersama akan saya ingat sampai bila-bila kawanku(agak emosi sedikit)
Si budak itu adalah saya. Hik3. Ya saya lah orangnya. Si budak gelisah yang sukakan kelembutan!

Ya Allah Lindungilah hambamu ini dari sebarang kecelakaan.

Salam hari persahabatan kawanku (suka2 saya sahaja hari ni friendship days) hak3. Saya sayang kamu sebagai mana kamu menyayangi saya.Uhibbuki fillah.wo ai ni. Ashiteru .Sarang hae chinggu! Gumawo3 dan kamsamhamnida untuk ini. . . .

Terima kasih sebab sudi jadi teman saya. . .
Terima kasih dalam beberapa tempoh ni sabar dengan karenah saya,
Terima kasih sebab sudi ’’ makan 3 kali ‘’masa rehat,(maaflah hobi memang suka makan)
Terima kasih sebab sudi  ‘’caring’’  bila saya sakit,
Terima kasih sudi tenangkan, bila saya jadi ‘’huru-hara’’
Terima kasih sebab sudi mendengar saya ‘’membebel’’ macam makcik2
Terima kasih untuk segala-galanya.

Sungguh, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian .
kenangan kita bersama akan sentiasa terpahat dalam hati ini 
Gambar asal telah saya delete untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku(point utama sebeb ada saya*empunya blog* di situ#dalam gambar yang terdahulu#, rasanya tidak molek la) hua3
                     
Nota: saya tulis bukan bermaksud hendak berkata-kata atau bermadah . oh tidak! Haha Tapi ia datang dari lubuk hati saya yang paling dalam. Mungkin sebagai tanda penghargaan buat mereka yang pernah hadir dalam hidup ini. Syukran jazilan.


pesanan penaja: Hargailah sahabat anda. Jangan ''hilang'' tatkala mereka memerlukan kita sebab satu saat nanti apabila kita ''memerlukan'' mereka, boleh jadi mereka juga buat perkara yang sama (=

wallahua'lam


Older Post | Newer Post
//BONJOUR.


Aku hanya mampu mengajak, Aku bukan penghukum. Setelah aku menyeru setakat yang terdaya. Mari robohkan jerijil kejahilan dengan ilmu agar diri tidak terkurung dalam penjara kedangkalan.

umairahsafiyyah.blogspot.com Since May 2011

//Navigation.

//Post. //Admin.


//Tagboard.


Website counter

get this widget here


Daisypath Happy Birthday tickers