Benci dengan perasaan ini
Friday 2 March 2012 @ 21:46 | 7 Comment [s]
Assalamualaikum w.b.t Kita selalu melihat orang yang hebat-hebat! (mungkin ada yang tidak perasan lagi kot).Mungkin sudah ditakdirkan begitu. Lumrah kehidupan. Hebat ? ya hebat. Semestinya dari segi agama.Bila mereka bercakap dan melontarkan pandangan. Bila orang hebat semua sifatnya akan di teliti oleh orang yang melihatnya. Tertib ketika beradab, pakaiannya, kekemasan dirinya apabila memberi ceramah dan lain-lain. Masa itu semua orang kagum! Lihat sahaja! Mungkin di alam realiti mahupun laman sesawang.Facebook terutamanya.Banyak bukan?nama sekian dan yang seangkatan dengannya. Melihat orang ‘’hebat’’ ketika bercakap, pasti yang lain akan tergamam. Semua mengangguk setuju. Mari saya kecikkan menjadi skop yang lebih kecil sedikit.Rasanya kita semua suka dengan suara tarbiyyah(mungkin ada yang tidak kot).saya sangatttt suka.Tetapi sedih bukan apabila kita mula mengubah diri untuk menjadi lebih baik namun encik/puan sekian tidak melakukan perkara yang serupa.Ini cerita benar dan saya pernah melaluinya.Terus terang kepercayaan saya sudah semakin kurang dan lebih berhati-hati di hari kemudian. Bercakap hebat memang ''hebat'' jika diri turut sama melakukannya bukan hanya pandai menuding jari ke mana-mana pihak.Itulah yang dikatakan tidak bertanggungjawab . Sayanggg! Memang hebat tapi hanya pandai menghukum orang lain. Kenapa di biarkan yang sudah lemah bertambah-tambah lemah ? sungguh tidak berperikemanusiaan. Bagi saya, saya tidak ingin begitu .Memang baguslah hebat bercakap tapi sebaliknya bukan begitu. Bukankah lebih baik jika dalam sesuatu perkara dalam membahaskan ‘’sesuatu’’ kita cari solusi untuk menyelesaikan masalah. Sepakat. Bukan semua hendak merasa ‘’hebat’’ dengan lontaran pendapat masing-masing yang berbaur bongkak dan penuh hasad. Semua bermula dari bawahan dahulu. Rasa diri sangat kecik.Perasaan itu masih ada sehingga sekarang. Hanya mampu lihat dan mendoakan. Allahu Allah Ya. Itulah diri saya. Lebih suka berdiam dan mendengar insan-insan di sekeliling.Tapi diam bukan bermaksud menjadi pengalah! Saya suka slow talk dan senyum-senyum tengok bawah. Huhu. Rentak sebenar seorang hamba seharusnya sentiasa merasa hina, lemah, berharap dan tawakal.Itulah yang pure tetapi payah untuk kita kecapi setelah hati kita diisi dengan perasaan yakin yang kita sudah cukup beramal. cukup baik. dan cukup sempurna. Ataupun sudah rasa diri sudah cukup ‘’hebat’’..eh? Na’udzubillah
Tulisan ini di tujukan khas untuk batang hidung sendiri agar tidak menjadi fitnah suatu hari nanti. Ampunilah dosa-dosaku. Nota: Tulisan kali ini berbaur agak tegas.Cuba lihat sekeliling kita =.=!! huhu Allah, aku mohon di permudahkan urusanku. Mudahkan segalanya ya Robb. Wallahua’lam |
//BONJOUR.
//Navigation.
//Tagboard.
|