Follow | Dashboard
단순 여인
Terus Kuat
Tuesday 3 April 2012 @ 16:19 | 8 Comment [s]

Assalamualaikum w.b.t

Perhatian! Tajuk entry amat dekat dihati budak kecik ne. (senyum dalam kesakitan) huk3

Tolong serius sikit, okeyh kah3.

Singgahan MUSIBAH ada dua imbuhannya. sama ada bakal mengaut PAHALA atau bakal mencedok DOSA. terpulang individu itu sendiri ,bagaimana mahu mencetak panduan nya. Jika kita guna nafsu haloba tentunya kita akan menempah celaka tetapi jika kita guna iman penuh dada , merdeka jiwa.

Tentunya bermacam-macam musibah yang menimpa kita. Musibah  boleh datang dalam bentuk susah dan senang. Senang? Emm musibah bentuk ni sangat payah .sebab kadang-kadang kita leka dengan kemewahan hidup etc.. dan lupa dengan pemberi rezeki.Sangat la bahaya! Tak sedar pun yang kita dalam kategori musibah yang ni. Ish3

Masa akan mendidik kita menjadi MATANG. hari ini kita rasa dugaan bagai berbondong batu hempap atas kepala. esok lusa pula kita  rasakan ujian ini macam celah gigi saja. Kah3. Itu sudah dikira masuk tahap KEDEWASAAN .

Hmm, kalau boleh saya nak fikiran ni jauh lebih DEWASA  tidak macam umur saya yang sejengkal ne *mata bersinar penuh pengharapan* haha .

Dan

HATI ini milik Tuhan. usap ia dengan puja pujian Agung. Tak perlu menekan diri dengan hamburan anasir luar yang keji  dan busuk.  (amboii ayat ganass ,macam lupa diri tu sakitkan?) hua3

Ya, Mudah. Selamat . Tenang  seadanya CUKUP. Kan3

Dugaan dot dot dot =

Saya:

Benarlah sakit adalah kayu ukur pencatatan markah dari Tuhan. habis hilang semuanya. Haish! Huk3 . err adakah saya ini makhluk manja? ditimpa musibah sikit sudah merengek konon sakit. Menyampah bukan? Haha

Dan suara lembut berkata:

"wahai musibah yang didatangi Tuhan, sungguh aku redho dan kagum dengan ketaatanmu. persilakan untuk masuk jika ini atas perintah Nya. moga ziarah mu ini penghapus dosaku dengan Dia."

Moga dihitung usaha ini yang tidak seberapa. InshaAllah .


Sila jangan mengeluh. Lapang dada. tunduk. taat. patuh.


Alhamdulillah




Teman yang selalu ''ada'' walau kemana bermusafir
(kesiann dia) ;(

                                                         
*iklan: tiba-tiba cerita pasal kasut?  (tak ada kaitan dengan tajuk entry ) haha ==''


 27:69-70
Cari sendiri! Jangan malas ya.

Teman a.k.a kasut comell: ikutlah tuan puterimu (cewahh), kemana sahaja di *jalan yang lurus*  . Jika kakinya melangkah ke haluan yang bisa membuatnya menambah dosa, maka berhentilah jangan biar dia terdorong kearah itu.Berbaktilah untuk dia?boleh kan?hehe. sayang awak banyakk!

Keep iman strong, For now you better pray girl!

Du'akan saya ya. Terima Kasih  ^^


Waallahua'lam


Older Post | Newer Post
//BONJOUR.


Aku hanya mampu mengajak, Aku bukan penghukum. Setelah aku menyeru setakat yang terdaya. Mari robohkan jerijil kejahilan dengan ilmu agar diri tidak terkurung dalam penjara kedangkalan.

umairahsafiyyah.blogspot.com Since May 2011

//Navigation.

//Post. //Admin.


//Tagboard.


Website counter

get this widget here


Daisypath Happy Birthday tickers