Follow | Dashboard
단순 여인
Senyum sedih 2
Sunday 13 May 2012 @ 21:41 | 5 Comment [s]

Assalamualaikum w.b.t


Cerita2

Sambungannya..
(kalau yang mengikuti entry lepas-lepas pasti tahu)

Baru-baru ini ada baca kisah sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa salam  .Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. 

Dialah Salman al-Farisi(pernah dengar?)

Hmm kebelakangan ini banyak menyelusuri kisah-kisah zaman dahulu. Err banyak kisah kaum Adam ==’’. Apakah maksudnya ini? Kih3 (tiada maksud apa pun) *saja buat-buat suspen sikit* haha padahal tak suspen manapun kuang3

Salman al-farisi?

Hmm Coolnya dia! Berlapang dada sahaja!
Ya , walaupun lamarannya ditolak oleh seorang wanita yang solehah dia tetap berasa tenang! bahkan wanita solehah itu telah memilih rakan karibnya iaitu Abu Darda.

Saya : Terkejut dengan jawapannya:
“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.

Glup!

MashaAllah

Agak-agaklah dalam kalangan manusia zaman sekarang ini, masih wujud lagikah akhlak yang ditunjukkan Salman al-Farisi ini? Harap-harap ada lah kan? inshaAllah ^__^
#kisah ini dipetik dari buku Jalan Cinta Para Pejuang - Salim A. Fillah#

Oh ya, saya sarankan sahabat baca kisah fullnya lagi best kalau saya cerita semua alamat rugilah dengan penjual buku di Negara kita ne kan?hua3

 =======================

Selingan sikit keh3..

Kalau suka sangat lihat  kelebihan  diri orang lain itu bagaimana?
Membanding-bandingkan diri dengan dia yang punya segalanya tapi tidak pula  pada diri itu bagaimana?
Dia sudah sampai ke hujung dunia tapi saya?

Astaghfirullah

Harap janganlah dia baca.
Tapi saya yakin orang sana, TIDAK akan baca, hua3 *bunyi sangatlah yakin*
Saya punya impian tapi rezeki itu belum ada untuk saya.
Orang itu,kalau susah sangat untuk terima ‘’kenyataan’’ sekurang-kurangnya pandulah diri kejalan yang lurus bukan?(inshaAllah tengah usaha)

Sangat penat untuk berhadapan dengan orang sekeliling!
Yang tidak pernah buka hati untuk memahami!

Bagaimana untuk saya tenangkan diri ini, sogok dengan gula-gula. Oh tidakk!! Saya bukan kanak-kanak ribena lagi .Saya sudah lali dengan sogokan sebegitu.sebab sampai bila?a-t-e gigi sendiri jugak yang rosak.huhu
Tapi tiada  manusia yang sempurna kan? Sangat yakin dengan itu .
Usahaaa!

Tamparan untuk diri ini. ''Belajar untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.Tidak kira kecil mahupun besar '' .


Ingin jadi seperti matahari.
Matahari yang menyinari  semua orang. Boleh kan?
Doakan saya dan saya juga semestinya akan mendoakan kalian.

Gambar ini di ambil tanpa kerelaan. orang tu Seganlah!

Cerciter: (pandai-pandailah teka yang mana satu). Rasanya tiada yang kenal kot. Gambar lama . Masa ni, orang tu tengah buat ''jogathon'' tapi ada photographer yang tangkap gambar,orang tu macam perasan jugak tapi buat cool dan pandang tepi je lah. Lantaklah orang nak cakap tak sporting ke atau apa apalah, hehe . Rupanya gambar ni ada dekat album photographer tu, apalagi grab la dengan pantasnya. ;P. Ni pun  dah berkira-kira nak letak ke tak. Malas nak letak sebenarnya.
                                         
                                           
Wallahua'lam




Older Post | Newer Post
//BONJOUR.


Aku hanya mampu mengajak, Aku bukan penghukum. Setelah aku menyeru setakat yang terdaya. Mari robohkan jerijil kejahilan dengan ilmu agar diri tidak terkurung dalam penjara kedangkalan.

umairahsafiyyah.blogspot.com Since May 2011

//Navigation.

//Post. //Admin.


//Tagboard.


Website counter

get this widget here


Daisypath Happy Birthday tickers