Follow | Dashboard
단순 여인
Mari baca ''love letter'' ..
Thursday 10 May 2012 @ 12:33 | 3 Comment [s]

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah saat ini masih dikurniakan Allah kehidupan.

Sila lihat tajuk entry . Jangan jump into conclusion dulu ya. hee~
Sejak kebelakangan ini,saya agak sibuk sikit..jadi peruntukan masa untuk melawat blog sendiri atau melepak dekat blog  orang  lain adalah tipis, Maafkan saya.hehe *nak buat ayat yang kite ni sibuk* bz la sangattttt *. konon-kononnya. ;P . Menyampahh!! 
Sibuk apa? Hehe adalah "projek terbaru"saya. Biasa-biasa saja! Nampak sangat ‘’time management’’ budak itu sungguh lemah. Ciss memalukan sungguh!

Err jadi, ini membuktikan perlunya kita untuk mengurus masa dengan sangatlah bijak ya! Jika tidak terimalah padahnya.hua3.Tapi akan saya usahakan sebaik mungkin untuk mencari solusi terbaik bagi masalah saya ini. huwaa ayat sangatlah skema.saya akan mengutip ilmu-ilmu di blog kalian ya (maksudnya ingin menziarah lateuww) ==''

Apa yang membuak-buakkan saya untuk menulis entry kali ini ialah cerita benar, Sangat menginsafkan! seorang Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri (koma) setelah keluar daripada bilik pembedahan. 

Subhanallah

See, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.Saya terpukul sangat!! Allahhh

Allahu Akhbar!!

Melihat video itu membuatkan air mata ku bertimpa-timpa keluarrr..


Melihat pemuda itu, Saya malu dengan diri sendiri. Terasa rendahnya diri. Ada satu perasaan yang luar biasa saya rasa. Cemburu. Cemburu yang positif. Iman pula bagaimana? Kita yang masih sihat walafiat ini pula bagaimana? Macam-macam soalan yang terfikir. Nak buka Al-quran punya payah apatah lagi nak mencari ayat tafsirnya ? Baca lagilahh..  Kan kan kan..

Anda boleh lihat di sini:

http://youtu.be/4ukR5k64wlg


Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.

Kita pula bagaimana?

Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.



Untuk peringatan kita bersama: Berusahalah untuk menjadi insan yang dekat dengan Al-Quran. Kalau tak dapat banyak semuka pun jadi sehari..
InshaAllah, Marilah kita baca dan rajin-rajinlah melihat maknanya..


*Ada surah yang nabi sebut mampu membuatkan rambutku 'beruban' tika membacanya. Antaranya surah Al-Haqqah.

Inilah MUKJIZAT terakhir Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan untuk kita, Bila kita berpegang pada Al-quran InshaAllah selamat dunia akhirat!!

Sesungguhnya saya juga masih dalam proses mentarbiyyah diri sendiri .Usaha sebaik mungkin untuk itu! Moga kita sentiasa dalam panji redhaNYA. inshaAllah . Marilah rajin-rajinkan diri membaca ayat Al-quran bersama! Moga di mudahkan segala urusan.


Lihat pemuda ini. So touchingg..T_T



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Bacalah al-Quran serta menangis ketika membacanya, jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

                                                                                                    


Selingan sedikit(mungkin ada yang pernah terfikir akan situasi ini termasuk saya, alhamdulillah ini jawapannya)..

Kadang-kadang saya hairan melihat jemaah yang solat bersama imam-imam di masjid al-Haram, bila imam menangis mereka pun turut menangis, kalau yang menangis itu jemaah dari kalangan orang arab mungkin kerana mereka turut faham sebab itulah mereka menangis, tapi kalau jemaah yang bukan berbangsa arab, yang tidak mempelajari bahasa arab juga turut menangis, kenapa?

Jawapannya ialah mukjizat al-Quran, nur al-Quran, ayat-ayat yang menembusi telinga manusia dan singgah di sanubari yang memang secocok dan rindukan al-Quran.Itulah antara sebab kenapa yang tidak faham al-Quran juga turut menangis. Mata yang menangis di dalam solat dan ketika membaca al-Quran hanya kerana takutkan Allah SWT akan menjadi hujah di hadapan Allah SWT. (copy paste dari wordpress orang, syukran.)

Mari semua amalkan baca Al-quran!! -.-

                                                 

wallahuA'lam


Older Post | Newer Post
//BONJOUR.


Aku hanya mampu mengajak, Aku bukan penghukum. Setelah aku menyeru setakat yang terdaya. Mari robohkan jerijil kejahilan dengan ilmu agar diri tidak terkurung dalam penjara kedangkalan.

umairahsafiyyah.blogspot.com Since May 2011

//Navigation.

//Post. //Admin.


//Tagboard.


Website counter

get this widget here


Daisypath Happy Birthday tickers